Berita Terkini

Asteroid Menghampiri Bumi Pada Jarak 10 Juta Kilometer Pada 14 Mei 2015

Program Objek Berdekatan Bumi (Near-Earth Objet Program) NASA melaporkan sebuah asteroid bersaiz lebih kurang 1 kilometer akan menghampiri Bumi pada jarak 26 kali jarak Bumi ke Bulan atau lebih daripada 10 juta kilometer pada 14 Mei 2015. Ia dikenali sebagai Asteroid 1999 FN53. Asteroid ini tidak akan berada lebih dekat daripada jarak ini untuk tempoh lebih 100 tahun akan datang. Berdasarkan pengiraan pergerakannya, asteroid ini dijangka tidak akan mendatangkan ancaman kepada Bumi kerana ia berada di kedudukan yang begitu jauh.

Rover Curiosity Marikh dikesan dari angkasa

Kamera mata helang pada Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) milik NASA telah menangkap imej rover angkasa iaitu Curiosity bergerak di seluruh Planet Merah itu.

Prob NASA kesan Kutub Utara Planet Kerdil Ceres

Selepas menghabiskan beberapa minggu dalam bayang-bayang Ceres, kapal angkasa Dawn milik NASA akhirnya dapat mendekati planet kerdil itu.

Marikh mungkin mempunyai cecair air bergaram

Penyelidik telah lama mengetahui bahawa terdapat air dalam bentuk ais di planet Marikh. Kini, penyelidikan terbaru dari rover pengembara milik NASA ke planet Marikh iaitu Curiosity menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat air cecair berhampiran permukaan planet Marikh. Penjelasan adalah berdasarkan bahan perklorat yang telah ditemui dalam tanah, yang merendahkan takat sejuk beku, jadi air tidak membeku menjadi ais, tetapi cecair itu hadir dalam bentuk air garam yang sangat masin. Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam majalah saintifik Nature.

Awan angkasa mengerikan bersinar hijau dalam gambar terbaru Hubble

Teleskop Angkasa Hubble telah mengambil gambar satu siri imej awan gas hijau yang bersaiz puluhan ribu tahun cahaya dan bersinar dengan begitu terang.

Planet Gergasi miliki 4 Matahari di langit

Ahli astronomi telah mengesan empat bintang di dalam satu sistem planet yang dipanggil 30 Ari, membawa kepada jumlah planet yang diketahui mempunyai empat sistem Matahari kepada dua. Banyak eksoplanet yang mempunyai dua dan tiga bintang telah dikenalpasti.

Warna Tompok Merah Gergasi pada Musytari datang dari selaran Matahari dahulu kala

Tompok merah gergasi di permukaan Musytari pada dasarnya mempunyai warna yang kusam dan membosankan. Tetapi pusaran ribut yang kelihatan berwarna kemerahan-merahan adalah merupakan kosmik "selaran matahari," kata saintis.

Cakera pembentukan bintang di sekeliling bintang muda didedahkan secara terperinci

Imej terbaru dari ALMA, Atacama Large Milimeter / submillimeter Array, telah mendedahkan butiran luar biasa dan terperinci di dalam cakera pembentukan planet di sekitar bintang muda yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ini adalah pemerhatian pertama yang dilakukan menggunakan ALMA dalam konfigurasi jarak dekat dan imej-imej yang paling tajam pernah dibuat pada panjang gelombang submillimetre. Hasil terbaru ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar dalam bagaimana cakera protoplanet berkembang dan bagaimana planet terbentuk.

Ahli astronomi temui aliran gas sepanjang 2.6 juta tahun cahaya

Ahli astronomi dan para siswazah telah menemui sebuah jambatan gas atom hidrogen sepanjang 2.6 juta tahun cahaya antara galaksi-galaksi yang terletak 500 juta tahun cahaya jauhnya. Mereka mengesan aliran gas itu menggunakan Teleskop William E. Gordon di Balai Cerap Arecibo, satu kemudahan radio astronomi milik Amerika Syarikat di Yayasan Sains Negara yang terletak di Puerto Rico. Laporan hasil penemuan itu diterbitkan pada 7 Ogos 2014 di dalam Notis Bulanan Royal Astronomical Society.

Did you know?

On 11th August 2014 at 1.46 am, the Moon will orbiting the Earth with the closest range at 356,896 km. During that time, the Moon will look about 14% bigger and 30% brighter than the usual full moon.

Rusia lancar haiwan hidup dalam misi angkasa selama dua bulan

Rusia telah melancarkan haiwan hidup, biji benih tumbuhan, dan bahan-bahan sampel ke angkasa pada Jumaat, 18 Julai 2014, di atas kapal angkasa satelit Foton milik Rusia di mana misi selama dua bulan itu akan memberi tumpuan kepada penyelidikan mikrograviti di dalam sains biologi dan fizikal.

Rover Curiosity milik NASA temui meteorit besar di Marikh

Rover ke Marikh milik NASA iaitu Curiosity telah menemui meteorit pertamanya di Planet Merah itu, dan ia bukanlah batuan angkasa yang kecil.

Rover Curiosity di Marikh tinggalkan “Zon Pendaratan”

Rover Curiosity milik NASA yang dihantar ke Marikh telah memasuki satu fasa baru di Planet Merah. Kata pegawai NASA, rover Curiosity seberat 1 tan kini telah mara keluar dari kawasan pendaratan elips - selebar kira-kira 7 kilometer darab 20 kilometer yang dianggap sebagai kawasan yang selamat untuk pendaratan pada Ogos 2012 dan terletak di dalam Kawah Gale yang besar di Marikh.

Penemuan planet kerdil dapat bantu tunjukkan kehidupan disebarkan ke seluruh sistem suria

Pada 26 Mac 2014, penyelidik mengumumkan penemuan 2012 VP133, objek yang dianggarkan bersaiz 450 kilometer yang terletak di luar Lingkaran Kuiper yang terdiri dari objek-objek berais yang bertaburan di luar orbit Neptun.

Penerbangan pertama kapal angkasa komersial ke Stesen Angkasa pada September 2013

Sebuah kapal angkasa komersial Amerika Syarikat bersedia untuk membuat penerbangan pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada bulan September ini, membuka jalan baru bagi penghantaran kargo secara tetap ke makmal angkasa itu.

Adakah Bulan Berputar?

Pemerhati-pemerhati di Bumi mungkin telah mengetahui bahawa Bulan pada dasarnya sentiasa berada pada sisi yang sama ketika ia menghadap planet kita semasa melalui orbitnya. Ini boleh membawa kepada persoalan , adakah bulan berputar ? Jawapannya adalah ya , walaupun ia mungkin kelihatan bertentangan dengan apa yang mata kita perhatikan.
Berita Terkini
Kalendar Aktiviti
Maklumat Portal
Modul Pendidikan Sains Angkasa
Peta Laman

Istilah Paling Popular

Angin Suria

Zuhal

Afelion

Multimedia Sains Angkasa

Solat (Kawasan Luas)

ISS

Sarapan


				

Undian

Satelit Malaysia

Bintang paling cerah di langit

Planet Kerdil

Sistem Suria

Galileo Galilei