Senarai Istilah

Carian     
 
A-Z | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Kamus

Angin Suria

Aliran terus menerus zarah bercas proton atau neutron yang keluar dari Matahari dengan kelajuan yang tinggi.

Bintang Berekor

Meteor kecil kelihatan seperti Bintang melintasi langit pada waktu malam dan dapat dilihat sekejap sahaja.

Bintang Dedua

Bintang berpasang yang beredar mengelilingi satu pusat jisim yang sama di bawah pengaruh tarikan graviti satu sama lainnya yang boleh dibahagikan kepada  tiga kelas iaitu Bintang berubah gerhana, Bintang Dedua Spektroskopik dan Bintang Dedua Tampak.

Bintang Keliling Kutub

Bintang yang tidak pernah terbenam dan boleh dilihat malam dan siang jika tidak dihalang cahaya Matahari.

Bintang Kembar

Sepasang Bintang yang berdekatan dengan satu sama lain di langit dan mengorbit antara satu sama lain. Kebanyakan Bintang di alam semesta adalah dalam kategori ini atau dalam system yang lebih kompleks bergantung kepada mekanisma pembentukannya iaitu daripada gas atau habuk.

Darjah

Unit ukuran (sudut, suhu).

Ekuinoks

Terjadi apabila Matahari melintasi Khatulistiwa yang menjadikan waktu siang dan malam sama panjang pada 21 Mac atau 23 September.

Fasa Bulan

Perubahan bentuk Bulan seperti yang dapat dilihat daripada Bumi.

Fotosfera

Bahagian permukaan Matahari yang sangat cerah.

Halaju Lepas

Kelajuan di mana tenaga kinetik ditambah dengan tenaga keupayaan graviti.  Ia digambarkan sebagai kelajuan yang diperlukan untuk keluar dari kawasan graviti.

Hari

Unit kiraan tempoh yang digunakan berdasarkan satu putaran lengkap di Bumi dengan satu siang dan satu malam.

Hari Bulan

Tempoh masa untuk Bulan melengkapkan satu pusingan (contoh dari Bulan purnama ke Bulan purnama seterusnya.)

Ijtimak

Terjadi apabila planet bergerak diantara Bumi dan objek lain membuatkan planet kelihatan hampir dengan planet atau Bintang lain.

Ionosfera

Merupakan lapisan atmosfera diantara stratosfera dan eksosfera pada ketinggian kira-kira 500 batu dari permukaan Bumi.

Jalan Angkasa

Sebarang aktiviti fizikal di luar kapal angkasa yang dilakukan oleh angkasawan.

Khatulistiwa

Satu garisan di antara kutub utara dan selatan yang memisahkan Bumi.

Koma

Bahagian berkabut yang mengelilingi pusat komet.

Komet Halley

Komet yang melintasi Bumi setiap 75-76 tahun.

Komet Shoemaker Levy 9

Komet yang terbelah dan berlanggar dengan Musytari pada Julai 1994.

Kromosfera

Sebahagian dari atmosfera Matahari yang boleh dilihat semasa Gerhana Penuh Matahari.

Letupan Besar

Titik permulaan alam semesta berdasarkan teori letupan besar.

Transit

1. Fenomena astronomi yang berlaku apabila planet dalaman melintasi Matahari. Berlaku sekali dalam masa 7 atau 13 tahun.

2. Laluan satelit planet atau bayangnya memintasi muka planet.

Malam

Tempoh masa dari Matahari terbenam sehingga Matahari terbit.

Matahari Terbenam

Matahari mula terbenam dan hilang di ufuk barat.

Matahari Terbit

Matahari mula kelihatan dari ufuk timur.

Meteor Leonids

Pancuran meteor berkala dan mencapai tahap maksimum pada 17 November setiap tahun. Punca sinaran: RA 152 darjah, dec +22 darjah.

Meteor Perseids

Pancuran meteor yang mencapai tahap maksimumnya pada 12 Ogos setiap tahun. RA 40 darjah, dec +58 darjah.

Orbit

Laluan objek yang teratur seperti planet, Bintang dan Bulan di angkasa lepas kerana daya graviti.

Paksi

Garis tengah tempat berputarnya sesuatu benda.

Pancuran Jauza

Pancuran Meteor yang sangat aktif pada 15-17 Disember setiap tahun. Punca sinaran: RA 113 darjah, dec +32 darjah.

Pancuran Meteor

Sejumlah meteor yang mempunyai trajektori hampir selari, apabila atmosfera Bumi melalui gelang meteor.

Putaran Paksi

Garis lurus yang melalui satu jasad berputar, dan garis itu merupakan paksi yang berputar.

Pusingan Saros

Merupakan satu kitaran gerhana dengan tempoh selama 18 tahun 11 hari 8 jam. Ia digunakan untuk meramal gerhana Matahari dan Bulan.

Putaran

Pergerakan objek seperti planet semasa berpusing pada paksinya.

Presesion

Merujuk kepada kejadian pengurangan daya graviti, lambat dan perubahan secara berterusan di dalam paksi putaran objek astronomi. Contohnya perubahan paksi putaran objek berputar seperti giroskop apabila dipulas.

Sinaran Bumi

Cahaya Matahari yang dipantul oleh Bumi dan menyinari permukaan Bulan.

Subuh

Waktu terbit fajar hingga terbit Matahari.

Tahun Cahaya

Unit ukuran jarak astronomi, iaitu jarak laluan cahaya dalam satu tahun.

Afelion

Kedudukan komet atau planet di dalam orbit yang terletak paling jauh dari Matahari.

Ahli astronomi

Orang yang membuat kajian tentang planet, Bintang dan angkasa lepas.

Alam semesta

Segala jenis benda dan tenaga, termasuklah Bumi, galaksi dan angkasa lepas.

Al-Battani

Tokoh Islam dalam Matematik dan Astronomi. Beliau memperkenalkan sistem tahun Matahari dan pengiraan astronomi secara trigonometri.

Al-Khawarizmi

Tokoh Islam yang terkenal dalam pelbagai ilmu. Beliau memperkenalkan penggunaan Secans dan Tangens dalam trigonometri dan astronomi.

Almanak

Kalendar tahunan yang lengkap dengan maklumat tentang hari, minggu, Bulan, Matahari dan gerhana.

Altitud

Ketinggian sesuatu objek di langit.

Anak Bulan

Apabila Bulan Sabit pertama kali kelihatan pada waktu petang, menandakan bermulanya awal Bulan di dalam kalendar umat Islam.

Angkasa

Ruang yang berada di luar lapisan Bumi.

Aquarius

Buruj zodiak hemisfera selatan yang bermaksud “pembawa air” dalam bahasa Latin. Berhampiran dengan Pegasus.

Aries

Buruj zodiak hemisfera utara yang bermaksud “biri-biri” dalam bahasa Latin. Berhampiran dengan Auriga.

Asterisme

Kelompok kecil Bintang yang terbentuk dalam buruj seperti kelompok Bintang Pleiades dalam buruj Taurus.

Asteroid

Objek berbatu yang mengelilingi Matahari terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.

Astrofotografi

Fotografi yang melibatkan objek dan kejadian astronomi.

Astronomi / Falak

Kajian tentang planet, Bintang dan angkasa lepas.

Atmosfrera

Satu lapisan udara yang mengandungi pelbagai jenis gas yang mengelilingi planet.

Atom

Elemen terkecil dalam unsur kimia.

Aurora

Fenomena cahaya terang yang berbentuk jalur atau tirai berwarna merah, hijau atau ungu di langit pada waktu malam, yang boleh kelihatan di kawasan Kutub Utara dan Selatan.

Awan Oort

Kawasan yang membentuk sebuah sfera mengelilingi Sistem Suria dari jauh.

Balai Cerap

Bangunan yang lengkap dengan peralatan untuk membuat kajian tentang fenomena astronomi.

Betelgeuse

Bintang kedua paling terang di dalam buruj Orion dan yang kesembilan di langit. Sebuah Bintang gergasi merah.

Biduk / Gayung Besar

Sekumpulan Bintang di dalam buruj Ursa Major. Mengandungi 7 Bintang yang paling cerah dan bersaiz hampir sama.

Bima Sakti

Galaksi yang terletaknya Sistem Suria.

Binokular

Alat yang digunakan untuk melihat objek jauh dengan lebih besar dan jelas.

Bintang

Jasad Samawi yang memancarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip apabila dilihat dari Bumi.

Bintang Tujuh / Pleiades

Sebuah gugusan Bintang yang terletak di dalam buruj Taurus.

Bulan

Satelit semulajadi Bumi yang bersinar pada waktu malam dan mengelilingi Bumi sekali dalam masa 28 hari.

Bulan Hampir Purnama

Keadaan dimana lebih separuh permukaan Bulan mendapat cahaya Matahari yang menghadap Bumi.

Bulan Purnama

Terjadi apabila kurang daripada separuh dari permukaan Bulan disinari cahaya Matahari.

Bulan Sabit

Terjadi apabila separuh dari permukaan Bulan disinari cahaya Matahari dan membentuk separuh bulatan.

Bulan Separa

Terjadi apabila Bulan condong ke arah barat Matahari.

Bumi

Planet ketiga dalam Sistem Suria dan mempunyai kehidupan.

Buruj

Gugusan Bintang yang membentuk corak di langit malam.  Contoh Buruj ialah Biduk, Pari, Belantik dan Skorpio.

Cahaya

Sinaran elektromagnet yang dapat dilihat oleh mata manusia dan bergerak selaju 186,800 batu sesaat dalam sesuatu ruang.

Cancer

Bermaksud ketam dalam bahasa Latin. Buruj zodiak hemisfera utara yang kecil dan malap.

Canopus

Bintang super-raksasa bermagnitud kedua dalam buruj Carina. Ia juga merupakan Bintang yang paling cerah di buruj tersebut dan kedua paling cerah dilangit malam.

Capricon

Bermaksud tanduk kambing dalam bahasa Latin. Buruj zodiak hemisfera selatan yang berhampiran dengan Sagittarius.

Cerapan

Pemerhatian objek samawi untuk membuat kajian saintifik.

Ceres

Planet kerdil yang mengelilingi Matahari di antara orbit Marikh dan Musytari.

Charon

Satelit semulajadi planet Pluto.

Ekliptik

Laluan Matahari, Bulan dan planet-planet.

Elektromagnetik

Daya magnetik yang terhasil dari elektrik.

Elektron

Zarah yang lebih kecil daripada atom dan mempunyai cas negatif.

Eris

Merupakan planet kerdil terbesar di dalam Sistem Suria dan jasad kesembilan terbesar yang mengorbit Matahari secara terus.

ESA

European Space Agency adalah organisasi Kesatuan Eropah yang ditubuhkan pada 1975 untuk mempromosi pengkajian dan pembangunan program angkasa lepas (civilian)  untuk tujuan kemanan sejagat dan dianggotai oleh 18 negara.  Beribu pejabat di Paris.

Europa

Salah satu satelit kepada planet Musytari dan dipercayai mungkin terdapat satu lautan luas di bawah permukaannya.

Galaksi

Himpunan Bintang, gas dan debu yang terkumpul bersama oleh graviti.

Galaksi Andromeda

Galaksi terbesar yang berbentuk pusaran di dalam buruj Andromeda. Berhampiran dengan Bima Sakti.

Galileo Galilei

Digelar “Bapa Astronomi Moden” dari Itali yang merevolusikan astronomi dengan ciptaan dan kajian angkasanya. 

Ganymede

Satelit Musytari paling besar dan juga Bulan terbesar di dalam sistem suria. Ia juga lebih besar dari planet Utarid.

Gegelang Zuhal

Batuan berais yang mengelilingi planet Zuhal.

Gemini / Jauza

Buruj zodiak hemisfera utara yang berhampiran dengan Orion, sebahagian daripadanya terletak di dalam Bima Sakti.

Geosentrik

Sistem koordinat yang menunjukkan Bumi sebagai pusat alam semesta.

Gerhana

Terjadi apabila Bulan menutupi Matahari ataupun memasuki bayang Bumi.

Gerhana Anulus

Terjadi apabila Bulan dan Matahari dalam kedudukan selari tetapi saiz Bulan kecil sedikit berbanding Matahari dan ini membuatkan ada cahaya di sekeliling Bulan.

Gerhana Bulan

Terjadi apabila Bulan penuh dan Bumi berada diantara Bulan dan Matahari.

Gerhana Matahari

Berlaku apabila Bulan berada diantara Bumi dan Matahari dan kawasan yang menerima bayang Bulan akan mengalami gerhana Matahari.

Gerhana Penuh Matahari

Gerhana ini terjadi apabila keseluruhan cahaya Matahari terhalang oleh Bulan.

Gerhana Penumbra

Gerhana yang berlaku apabila Bulan cuma merentasi sebahagian kecil penumbra bayang Bumi.

Gerhana Separa

Terjadi apabila Bulan hanya menutupi sebahagian daripada Matahari.

Gugusan Bintang

Sekumpulan Bintang yang terkumpul disebabkan oleh tarikan graviti.

Gunung Olympus

Gunung yang paling besar di planet Marikh dan mungkin di seluruh Sistem Suria. Ia 3 kali ganda lebih tinggi dari Gunung Everest.

Isaac Newton

Ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica. Beliau menerangkan hukum graviti dan hukum kelajuan bunyi.

Istiqbal

Terjadi apabila sesebuah planet luaran mempunyai jarak atau sudut yang bertentangan dengan Matahari.

Jalur Kuiper

Kawasan di dalam Sistem Suria yang berada di luar orbit Neptun.

Jam Matahari

Alat yang menggunakan bayang-bayang dari pancaran Matahari untuk menentukan masa.

Jasad Samawi

Semua objek di ruang angkasa yang wujud secara semula jadi.

JAXA

Japan Aerospace Exploration Agency ditubuhkan pada 1 Oktober 2003 bertanggungjawab dalam penyelidikan dan pembangunan angkasa.

Jejari

Garis lurus dari pusat hingga ke permukaan sfera.

Jisim

Ukuran kandungan jirim sesuatu objek diukur menggunakan unit kilogram.

Kanta Mata

Kanta khas yang digunakan pada teleskop untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas.

Kapal Angkasa

Kapal angkasa digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk komunikasi, pemerhatian Bumi, meteorologi, pengemudian, eksplorasi planet dan pelancongan angkasa lepas.

Kawah

Kawasan berlekuk di atas permukaan planet.

Kelompok Galaksi Tempatan

Kumpulan galaksi (sekurang-kurangnya 17 galaksi) yang bersama-sama mengisi satu ruang isipadu ellipsoid sejarak 2 juta tahun cahaya. Galaksi Andromeda adalah yang paling besar yang terletak di satu hujung, manakala galaksi Bimasakti yang kedua besarnya terletak di hujung yang satu lagi.

Kelvin

Sistem unit bagi sukatan suhu.

Kesan Rumah Hijau

Terjadi apabila keadaan suhu planet menjadi panas kerana lapisan atmosfera penuh dengan karbon dioksida yang memerangkap haba.

Komet

Objek kecil yang mengelilingi orbit Matahari terdiri daripada ais, debu dan gas yang membentuk ekor yang panjang dan boleh dilihat dari Bumi.

Korona

Atmosfera Matahari yang paling luar.

Kosmonot

Gelaran khas untuk angkasawan Rusia atau negara-negara bekas Kesatuan  Soviet Union.

Kosmos

Segala ciptaan Tuhan di alam semesta.

Kumpulan Asteroid Trojan

Sekumpulan asteroid yang bergerak di dalam orbit yang sama dengan planet Musytari.

Kutub Samawi

Titik dimana putaran planet atau Bintang berlaku.

Langitud

Garisan menegak pada peta Bumi yang bersudut tegak dengan Khatulistiwa.

Latitud

Garisan melintang pada peta Bumi  yang selari dengan khatulistiwa.

Leo

Buruj zodiak hemisfera utara yang jelas kelihatan berhampiran dengan Ursa Major.

Libra

Buruj zodiak hemisfera selatan yang tidak begitu jelas dan berhampiran dengan Scorpius.

Lohong Hitam

Satu kawasan di angkasa lepas yang mana tiada apa pun yang boleh terlepas termasuklah cahaya.

Makhluk Asing

Makhluk yang bukan berasal dari Bumi.

Marikh

Planet yang keempat dari Matahari dan juga dikenali sebagai Planet Merah.

Matahari

Bintang yang paling dekat dengan bumi dan menjadi pusat Sistem Suria.

Meteor

Sebuah objek padat yang berada/bergerak dalam ruang antara planet, dengan ukuran lebih kecil daripada asteroid dan lebih besar daripada sebuah atom atau molekul.

Meteorit

Batu yang jatuh ke Bumi dari angkasa lepas.

Meteoroid

Objek seperti debu atau batu di angkasa lepas.

Musim

Tempoh masa bagi satu-satu perubahan iklim setiap tahun.

Musytari

Planet kelima dari Matahari dan Musytari , adalah planet terbesar dalam Sistem Suria.

NASA

Badan kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk program angkasa lepas. Diasaskan pada 29 Julai 1958.

Nebula

Kepulan gas dan debu.

Nebula Ketam

Nebula Ketam adalah sisa supernova dan nebula angin yang berhampiran dengan buruj Taurus.

Nebula Planet

Nebula berbentuk gelang atau bulat yang mempunyai satu Bintang pusat yang amat tinggi suhunya 50,000 -100,000 darjah.

Neil Armstrong

Manusia pertama menjejakkan kaki di Bulan.

Neptun

Planet kelapan dari Matahari.

Nova

Letupan nuklear yangdisebabkan oleh penambahan hidrogen ke dalam permukaan Bintang kerdil putih. Kesannya secara tiba-tiba boleh menjadi cerah.

Nukleus

Nukleus adalah bahagian komet yang kecil, padat dan cerah (di bahagian koma komet).

Ozon

Salah satu dari kumpulan oksigen di dalam lapisan atmosfera Bumi yang bertindak melindungi kita dari sinaran ultraungu Matahari.

Pencemaran Cahaya

Cahaya buatan manusia, terutamanya cahaya berlebihan dari lampu jalan, papan iklan, bangunan dan sebagainya yang menghadkan kajian Bintang dengan menggunakan teleskop optik.

Pencerapan Bintang

Aktiviti memerhati objek-objek di langit.

Penghijaban

Berlaku apabila objek yang berada di hadapan melindungi sepenuhnya objek yang berada di belakang, contohnya Bulan yang bergerak di hadapan sesebuah bintang atau planet,lalu menghalang cahaya bintang/planet tersebut.

Penumbra

Bahagian luar bayang-bayang Bumi yang menutupi Bulan ketika fenomena gerhana Matahari.

Pisces

Buruj zodiak hemisfera utara yang besar tetapi tidak jelas kelihatan berhampiran dengan Pegasus.

Planet

Sebarang objek di angkasa kecuali komet, meteor atau satelit yang beredar mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria.

Planet Dalaman

Planet yang paling hampir dengan Matahari dan terletak di dalam orbit Bumi seperti Planet Zuhrah dan Utarid.

Planet Luaran

Terdiri daripada Planet Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan planet-planet kerdil termasuk Ceres dan Pluto yang terletak jauh daripada Matahari berbanding Bumi.

Pluto

Planet kerdil yang orbitnya merentasi orbit Planet Neptun. Sebelum tahun 2006, ia dikenali sebagai planet kesembilan.

Rigel Kentaurus

Bintang berganda yang paling cerah di buruj Centaurus, yang paling hampir dengan Bumi selain Matahari dengan jauhnya kira-kira 4.3 tahun cahaya.Juga lebih dikenali sebagai Alpha Centauri.

Sagittarius

Buruj zodiak besar di hemisfera selatan yang berhampiran dengan Scorpius dan sebahagian daripadanya teletak di dalam Bima Sakti.

Satelit Buatan

Objek buatan yang bergerak pada orbit Bumi digunakan untuk mengkaji alam semesta dan juga maklumat tentang cuaca dan sebagainya.

Satelit Semulajadi

Objek seperti bulan yang bergerak mengelilingi planet. Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi.

Sentuhan Kedua

Permulaan fasa penuh Gerhana Matahari. Bermula dengan Bulan menutupi Matahari.

Sentuhan Keempat

Panamat bagi Gerhana Matahari. Bermula apabila Bulan sepenuhnya keluar dari menutupi Matahari.

Sentuhan Ketiga

Penamat bagi fasa penuh Gerhana Matahari. Bermula apabila Matahari mula kelihatan.

Sentuhan Pertama

Permulaan bagi Gerhana Matahari. Bermula apabila Bulan mula menutupi Matahari.

Sirius

Bintang yang kelihatan paling cerah  di langit.

Sistem Planet

Objek bukan Bintang yang mengelilingi Bintang seperti planet, planet kerdil, Bulan, asteroid, meteoroid, komet, dan debu kosmik yang terdiri dari ais dan batuan kecil.

Sistem Suria

Sebuah sistem dimana Matahari menjadi pusat kepada semua planet, asteroid, komet, dan kumpulan meteor mengelilingi Matahari.

Skorpio

Buruj Bintang yang terletak antara Libra dan Capricorn. Zodiak yang berbentuk kala jengking.

Soyuz

Kapal angkasa yang dicipta oleh Sergey Korolev untuk Kesatuan Soviet bagi misi ke angkasa lepas.

Sputnik

Satelit buatan manusia yang pertama dilancarkan oleh Soviet Union pada 4 Oktober 1957.

Stesyen Angkasa Antarabangsa

Satelit buatan manusia yang teletak di orbit rendah Bumi  yang dibangunkan hasil kerjasama Agensi Angkasa Utama Antarabangsa dengan objektif untuk menjalankan kajian sains mikrograviti.

Suar Suria

Letupan di permukaan Matahari yang disebabkan oleh gas hidrogen, berlaku berhampiran dengan tompok Matahari. Menghasilkan cahaya yang sangat cerah.

Supernova

Letupan dari suatu Bintang di galaksi yang menghasilkan tenaga yang lebih besar dari Nova. Supernova menjadi petanda berakhirnya riwayat suatu Bintang.

Tahun Kabisat

Tahun yang mempunyai 366 hari.

Taikonot

Angkasawan China.

Taqwin Qamari

Kalendar berdasarkan kitaran fasa Bulan.

Taqwin Suria

Kalendar yang berasaskan pergerakan Matahari. Contoh kalendar Gregorian.

Taurus

Buruj zodiak di hemisfera utara berhampiran dengan Orion, berbentuk lembu jantan.

Teleskop

Alat optik digunakan untuk melihat objek yang jauh seperti Bintang dan sebagainya.

Teleskop Angkasa Hubble

Teleskop ini dicipta oleh NASA dan dibawa ke orbit pada tahun 1990.  Teleskop ini berkebolehan mengambil imej yang sangat jelas kerana kedudukannya di luar atmosfera Bumi.

Teleskop Pantulan

Teleskop yang menggunakan cermin untuk memfokuskan sinar cahaya. Diperkenalkan pada abad ke-17 sebagai pengganti teleskop pembias.

Teleskop Pembias

Teleskop yang membentuk imej sesuatu objek dengan pembiasan cahaya melalui kanta.

Teleskop Radio

Alat untuk merakam dan mengukur pancaran frekuensi radio dari objek di angkasa lepas juga digunakan dalam mengesan dan mengumpulkan data dari satelit dan kapal angkasa melalui frekuensi gelombang radio.

Teleskop Suria

Teleskop yang lengkap dengan peralatan khas digunakan untuk mengkaji dan melihat Matahari.

Titan

Bulan kepada Planet Zuhal.

Tompok Matahari

Kawasan hitam yang wujud di fotosfera Matahari kerana aktiviti magnetik yang ekstrim yang menyebabkan suhu permukaanya rendah.

Ufuk

Garis di antara Bumi dan langit yang kelihatan seperti bertemu.

Ulugh Beg

Pengkaji astronomi Islam tersohor yang telah membina balai cerap pertama di Samarkand, Uzbekistan.

Umbra

Adalah bayangan kabur yang terjadi pada saat gerhana Bulan dan juga bahagian tengah dan gelap tompok Matahari.

Uranus

Planet ketujuh dari Matahari, dikesan oleh William Herschel pada tahun 1781.

Utarid

Utarid adalah planet pertama dan terkecil di dalam Sistem Suria dan mempunyai permukaan yang sama dengan Bulan, tidak mempunyai satelit semulajadi dan atmosfera.

Virgo

Buruj zodiac yang luas yang bertentangan dengan khatulistiwa di antara Bootes dengan Centaurus. Bintang yang tercerah ialah Spica.

Zuhal

Planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria.

Zuhrah/Kejora

Planet kedua dari Matahari.

Angkasawan

Orang yang terlatih untuk ke angkasa lepas.

Planet Superior

Terdiri daripada planet Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto dan planet-planer kerdil termasuk Ceres dan Pluto yang terletak jauh daripada Matahari berbanding Bumi

Zodiak

Jalur sfera semawi, 16 darjah lebar, 8 darjah pada sebelah-menyebelah ekliptik yang dibahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar.

Apogi

Kedudukan Bulan dan satelit di dalam orbit ketika berada paling jauh dari Bumi.

Azimut

Berasal dari perkataan Arab As-samt yang bermaksud arah. Azimut ialah sudut mendatar dan kiraan yang dibuat dari arah Utara.

Belantik

Buruj yang kelihatan seperti Pemburu dan boleh dilihat dengan jelas di Khatulistiwa samawi berhampiran dengan Bima Sakti.

Bintang Utara

Bintang yang sangat hampir dengan kutub utara dan mempunyai cahaya paling cerah di dalam buruj Ursa Minor. Bintang ini menandakan arah utara.

Graviti

Daya tarikan yang menarik apa-apa objek ke pusat cakerawala seperti Bulan dan Bumi.

Planetarium

Sebuah bangunan yang lengkap dengan peralatan berkaitan astronomi untuk mempamerkan imej planet dan Bintang di angkasa.

Unit Astronomi

Jarak purata di antara Bumi dengan Matahari.

Zenit

Digunakan untuk menunjukkan arah menegak “di atas” dan digunakan untuk merujuk titik tertinggi kedudukan objek di angkasa dari kedudukan cerapan.

Atmosfera

Satu lapisan udara yang mengandungi pelbagai jenis gas yang mengelilingi planet.