Pengumuman

Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012

Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (20 Mei 2012 waktu tempatan di Hemisfera Timur), dengan magnitud 0.9439. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej Matahari dari pencerap yang berada di Bumi. Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara Bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari, menyebabkan Matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya Matahari. Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana Matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

PENDAFTARAN KEM ALAMI MEI 2012 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA

Adik-adik tahun 4-6 (10 -12 tahun) dijemput untuk menyertai kem yang akan diadakan pada 27- 29 Mei 2012. Permohonan ditutup pada 22 Mei atau sebaik sahaja bilangan peserta mencecah had yang ditetapkan (yang mana lebih awal). Apa adik-adik perlu buat: a. Mengembalikan/ faks (03 22735488) borang lengkap bertandatangan ibu/ bapa/ penjaga sebelum atau pada 22 Mei 2012 b. Membuat bayaran sebanyak RM6.00 sebelum atau pada 22 Mei 2012 (Tempat terhad. Tempahan tempat adalah berdasarkan borang dan bayaran yang diterima sahaja. Emailkan pertanyaan adik-adik kepada yatt@angkasa.gov.my

UJIAN KELAYAKAN CABARAN ANGKASA NEGARA 2012 (NSC2012) !!!!!!

Cabaran Angkasa Negara (NSC) merupakan satu program pendidikan yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu program pendidikan merentas kurikulum sekolah rendah setiap tahun. Program NSC2012 bermula dengan ujian kelayakan yang akan berlangsung pada 26 Jun 2012 (Selasa), jam 10.00 pagi selama 1½ jam serentak di seluruh negara.

Highlights

Galeri Sains Angkasa yang mengandungi grafik, photo, animasi, video dan muat-turun dokumen yang berkaitan dengan Sains Angkasa.

Kamus Sains Angkasa yang menerangkan istilah-istilah Sains Angkasa menggunakan grafik, photo dan animasi.

Pautan-pautan ke laman web dalam dan luar negara yang berkaitan dengan Sains Angkasa.

Kandungan e-pembelajaran multimedia yang menarik berkaitan topik-topik Sains Angkasa.

Modul Pendidikan Sains Angkasa untuk Sekolah Rendah (Versi Latihan Guru)

Uji Minda

Cari Perkataan

Galeri Foto

Berita Terkini
Kalendar Aktiviti
Maklumat Portal
Modul Pendidikan Sains Angkasa
Peta Laman

Istilah Paling Popular

Angin Suria

Zuhal

Afelion

Multimedia Sains Angkasa

Solat (Kawasan Luas)

ISS

Sarapan

Undian

Satelit Malaysia

Bintang paling cerah di langit

Planet Kerdil

Sistem Suria

Galileo Galilei